Welcome to AiShAzDaMine Site


Korang dah solat??? Solat dulu baru baca blog kami ^^!




Pilihanraya kecil + Hujan =Banjir
Monday | (0) Leave A Comment
AiShAzDaMine ^^! ~AT 20~
..IT..IT..IT..

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum..

Wakil pemberita AiShAzDaMine ^^! melaporkan dari Labis Johor sempena pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang [hehe berangan sikit jer]
Selesai sudah pilihanraya kecil DUN Tenang yang menyaksikan kemenangan Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Ai [Barisan Nasional] menentang calon dari PAS ,Normala Sudirman @ Cikgu Mala [ketua muslimat PAS Labis] dengan perbezaan undian 3707 undi..BN mendahului sebanyak 6699 [cantik punya nombor] mengalahkan PAS yang mendapat 2992 undian....

Walaupun keadaan hujan yang tidak henti-henti dari pagi [dalam berita kata petang jer hujan] tapi itu tak mematahkan semangat pengundi di DUN Tenang untuk turun mengundi... Di anggarkan lebih kurang 10000++ daripada 14000++ pengundi yang berdaftar turun menjalankan kewajipan masing-masing... mungkin lagi 4000 orang tuh tak lepas nak mengundi sebab air sungai dah mula naik....

Tidak ketinggalan saya turut bersemangat turun mengundi [opppps anta atok saya mengundi jer sebenarnya].. Seronok rasanya macam saya pula yang mengundi..tak sabar rasanya nak menjangkau umur 21 tahun ini... Nanti dapat mengundi untuk pilihan raya umum pulak hehehe... sokong parti mana??????? opppsss saya sokong saya hehehe!!!!

Berikutan hujan lebat dan keadaan di Labis yang agak 'sesak' ,saya hanya dapat mengambil gambar yang kurang menarik hehehe.. sebahagian gambar yang dipamerkan dibawah adalah ehsan dari kawan-kawan saya..[copet jer senanya]...

Jom layang keletah sebahagian penyokong dan pengundi pada 30hb Januari 2011....





ini pulak adalah keadaan sekitar banjir sebelah petang pada 30hb Januari 2011
Keadaan banjir ni mengejutkan jugak sebab air sungai naik dengan drstiknya..padahal pagi itu saya dah pun berjalan-jalan disekitar kawasan banjir,tapi air sungai di paras biasa..tak sangka secepat itu air sungai naik berikutan hujan lebat yang tidak henti2..digambarkan bahawa banjir pada tahin 2011 ini adalah banjir terburuk sepanjang 5tahun selepas banjir pada tahun 2006.. dan disifatkan jugak bahawa banjir pada kali ini lebih teruk daripada banjir pada tahun 2006....











Terima kasih juga kepada pihak2 yang menghulurkan bantuan kepada mangsa2 banjir di DUN Tenang..cuma satu jer persoalan di fikiran...Kalau DUN Tenang ni tak terlibat pilihanraya,adakah pihak2 berkenaan akan memandang serius banjir yang berlaku??? adakah liputan media akan meluas seperti sekarang??? adakah Tan Sri Muhyidin Yasin akan turut terperangkap dalam banjir??? adakah??? adakah??? adakah????
sapa mau jawab?????\
.
.
.
.
..
.
.



Labels:




« Older
Newer »