Welcome to AiShAzDaMine Site
| |
Tanda-tanda sakit jiwa
Tuesday | (0) Leave A Comment
AiShAzDaMine ^^! ~AT 20~ ..IT..IT..IT.. Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum.. Kebiasaannya penyakit ini jarang dihidapi oleh manusia secara mendadak. bahkan sebelum penghidapan jiwa itu timbul , maka biasanya terlebih dahulu lahir beberapa tanda yang memberi alamat bahawa penyakit ini sedang dalam proses perkembangan dan lambat-laun akan meletus. Tanda2nya ialah: Individu akan merasa ketegangan urat saraf atau kegentingan perasaan. Orang2 yang mengalami ketegangan urat saraf dan kegentingan perasaan itu terperasan bahawa dirinya diancam bahaya, dan merasa dirinya terdesak untuk melakukan sesuatu untuk merehatkan dan menenangkan jiwa mereka yang tegang itu.. seperti mengambil ubat tidur dan sebagainya. dan ada juga yang sanggup bertungkus-lumus melakukan kegiatan 2 dan kerja2 yang dianggap karut dan tidak wajar oleh orang ramai. Terlalu marah atau perengus dan terburu2 dalam menghadapi suasana2 dan kejadian2. dia akan meletus marah, merengus dan bergembira dengan sebab2 yang kecil dan remeh. Kerap hilang semangat dan hilang minat hidup, lemah dan cepat mahu berundur bila sahaja bersua dengan sedikit kesukaran atau rintangan. Dikongkong oleh perasaan was2 yang berat. sebagai contoh; dia akan mengulangi membersihkan tangannya walaupun telah dibersih berulangkali kerana dia berasa tidak tenang selagi tidak diulangi pembersihan itu beberapa kali. Terlampau takut pada benda2 atau suasana2 yang tertentu seperti terlampau takut kepada gelap, kepada tempat2 lapang, kepada tempat2 yang sesak, takut kucing, takut pada tempat tinggi dan sebagainya lah..perjalanan badan terganggu atau tidak teratur seperti jantung selalu berdebar iaitu perasaan tidak sedap hati, kepala selalu sakit dan sebagainya. Ini adalah antara penyakit jiwa yang kita tidak ketahui dan tidak menyangka bahawa ianya juga merupakan salah satu tekanan mental.. .. sape2 yang fobia tu juga merupakan pengidap penyakit ini.. bukan setakat tidak siuman, histeria, amuk dan sebagainya boleh dikategori sebagai penyakit jiwa ini.. cuma penyakit2 jiwa mempunyai tahap2 samada ianya kronik atau tidak.. Labels: Hayatilah
| |