Welcome to AiShAzDaMine Site
| |
Edisi Nukilan : Kawan!!!
Sunday | (0) Leave A Comment
AiShAzDaMine ^^! ~AT 20~ ..IT..IT..IT.. Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum.. Awal kalam.. bismillah pembuka bicara,,selamat datang kepada semua blogger yang disayangi,, tidak kira lama @ baru.... AiShAzDaMine ^^! da tukar lagu baru dalam blog ni... Perasan x??? Lagu Cinta Terakhir By Aiman telah ditukar ke lagu Tentang Bulan by Fatin Nor Afifah Lagu ini adalah Lagu bagi cerita Tentang Bulan.. Yeeeee cerita budak2 tuh la... ^^! Kenapa tukar ^^??? Laaa korang tak jemu ke dengar lagu tuh jer??? hehehe walaupun Cinta Terakhir amat bermakna untuk kami.. Tapi Kita perlukan pengorbanan... Jika kita sayangkan nya ,Lepaskannya..... [cewah!!!!!] Lagu tentang Bulan ni berkonsepkan tentang sahabat... Macam tuh juga lah kami punya persahabatan.. Jadi lagu ni mmg sesuai dengan AiShAzDaMine ^^! Tiada penafian... setiap orang yg hidup di atas dunia ini mempunyai rakan ataupun sahabat....tiada org yg dilahirkan keseorangan...sahabat blh didefinasikan sbg orang selain keluarga yg mempunyai hubungan dgn kita...sahabat sll nye menjadi tmpt kita utk mengadu masalah, berkongsi maklumat dan sbgai nye.... namun, sahabat juga mampu mempengaruhi hidup seharian kita....byk gejala sosial yg berlaku hri ini disebabkan oleh pengaruh sahabat....oleh itu, kita hendaklah berjaga-jaga ketika memilih sahabat....sahabat juga menjadi pakaian kita....maksudnya org akan menilai diri kita berdasarkan org yg kita kwn.... Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan. Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia- sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikkan. Kawan yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira. Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan akhirat di dalam doanya. Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya. Dan kalau kita nak kawan yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi kawan menjadi seorang kawan yang baik…kepada kawan baik kita. AiShAzDaMine ^^! Kita kawan kan3? Labels: US
| |