Welcome to AiShAzDaMine Site


Korang dah solat??? Solat dulu baru baca blog kami ^^!




Berakhirkah keganasan di Dunia???
Monday | (0) Leave A Comment
AiShAzDaMine ^^! ~AT 20~
..IT..IT..IT..

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum..


Berita mengejutkan tentang Osama bin Laden meninggal dunia . setelah bertahun-tahun diburu tentera Amerika Syarikat , pemimpin jaringan Al Qaeda  itu dikhabarkan tewas di Islamabad,Pakistan akibat serangan operasi tentera AS . Menurut berita juga , jasad Osama telah ditemukan tentera AS .

Osama Bin laden , Wira atau Pengkhianat?

Siapa yang tidak kenal dengan Osama bin Laden
Osama menubuhkan gerakan Al-Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahidin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan baik dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.
Kemuncak kepada penglibatan Osama dan Al-Qaeda ialah apabila  Presiden George W. Bush telah menyatakan bahawa Osama adalah perancang  utama dalam serangan pengganas di bandar New York dan Washington pada 11 September 2001 (9/11)  dan serangan pengganas yang lain keatas Kedutaan-Kedutaan Besar Amerika Syarikat, kapal-kapal perang, dan asset-aset Amerika Syarikat yang lain.
Presiden ke 43 AS, George Walker Bush

Akibat daripada “keganasan” Osama dan kumpulannya itu, ia  telah memberikan alasan kepada Amerika Syarikat untuk melancarkan “Perang Menentang Keganasan” (War On Terrorism) . Presiden Amerika ketika itu George W. Bush yang baru 8 bulan menduduki “tahta” White House  telah mengarahkan serangan dan penaklukan  ke atas Afghanistan pada 7 Oktober 2001 dan seterusnya penaklukan ke atas Iraq pada 20 Mac 2003.

Peristiwa 11 sept yang menyaksikan 'kononnya' World Trade Centre diserang
oleh pengganas Al Qaeda
Boleh dikatakan semenjak peristiwa 9/11 itulah nama Osama Bin Laden melonjak naik. Bagi umat Islam ketika itu, Osama adalah wira. Namanya diabadikan di mana-mana di baju, di media dan sebagainya, malah ada yang menamakan anak yang baru lahir bersempena dengan namanya lantaran kekaguman terhadap “kejayaan” Osama memerangi Amerika.
Bagi Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya pula, Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan kesempatan serta alasan yang terbaik bagi menghalalkan penaklukan  dan keganasan mereka ke atas Aghanistan, Iraq dan negara-negara Islam yang lain.
Persoalan yang sering bermain difikiran kebanyakan orang ialah, benarkah wujudnya tokoh yang bernama Osama Bin Laden dan gerakan Al-Qaeda ? Jika wujud, betulkah konsep perjuangan mereka ? Selepas meletusnya peristiwa 9/11 pelbagai andaian telah dibuat terutamanya tentang kesahihan peristiwa serangan ke atas World Trade Centre di New York sementelah pula selepas itu muncul laporan-laporan yang mendedahkan teori konspirasi yang mengaitkannya dengan CIA dan ZIONIS.

Apa yang menghairankan, segala kecanggihan persenjataan,perisikan dan telekomunikasi yang dimiliki oleh Amerika dan sekutunya tidak dapat melumpuhkan kegiatan Al Qaedah dan Osama sendiri gagal ditangkap dan dibunuh..Sedangkan pada masa yang sama semakin banyak negara Islam yang digeledah dan semakin ramai umat Islam terutamanya kanak-kanak dan wanita terbunuh. Justeru, apakah sebenarnya motif Amerika di sebalik nama Osama Bin Laden dan Al-Qaeda ini. Apakah kedua-duanya mempunyai kaitan dan adakah benar teori konspirasi tersebut ?

Pelbagai persoalan yang timbul selama bertahun-tahun ini..Malah Tun Dr Mahathir turut meluahkan rasa kemusykilannya terhadap perkara yang sama. Menurut Tun , "saya tidak pasti sama ada 'pangganas' islam yang melancarkan serangan itu.Jika mereka (AS) mampu menghasilkan 'Avatar',maka mereka boleh buat apa sahaja".

Wah.. cerita antarabangsa pulak SH buka kali ini..
Bukannya apa, SH terpanggil nak menulis entry mengenai Osama ini selepas menonton Berita Utama..

SH tahu cerita mengenai Osama ini telah lama diperkatakan..sengaja SH nak refresh balik ingatan kita tentang 'pejuang Islam' ini.

Kini, seperti yang terpampang dimuka media cetak dan elektronik..
Osama telah pun berjaya ditawan & dibunuh..
Namun begitu,berita mengenai kematian Osama mengundang dua versi cerita yang berlainan...
Apa ceritanya???
SH malaslah nak cerita..
Korang search sendiri kat google ok ^^!
sebab SH rasa dah panjang sangat cerita mengenai Osama ni..

Terpanggil untuk menulis mengenai salah satu berita di TV3,
Menurut Dr Chandra [xingat nama penuh tapi orang Islam]
Kematian Osama bin Laden bukanlah pengakhiran keganasan di dunia..
Malah kumpulan jaringan Al Qaeda sendiri mempunyai banyak pelopor/rangkaian di seluruh dunia..

Jika di peringkat global, dunia ditakutkan dengan kisah “dongeng”  Al-Qaeda, di peringkat regional pula dunia di gembar-gemburkan dengan Jemaah Islamiah (JI) jika di Asia Tenggara. Manakala di Asia Selatan pula kononnya terdapat gerakan “pengganas”  Mujahideen Deccan (MD).
Kumpulan-kumpulan “pengganas” ini seringkali dikaitkan dengan Al-Qaeda di mana ianya dianggap sebagai “cawangan” kepada Al-Qaeda bagi melakukan keganasan di peringkat serantau. Jadi, jika Al-Qaeda dan pengasasnya Osama Bin Laden sendiri dianggap pembohongan dan palsu, bagaimana  pula dengan JI dan MD ini?

Jadi, adakah keganasan di dunia akan berakhir setelah berlakunya  kematian Osama bin Laden yang bertahun-tahun dikecam sebagai pengganas oleh AS??
Seandainya benar Osama Bin Laden dan Al-Qaeda merupakan satu pembohongan besar dan agenda CIA, maka sudah tentulah kumpulan-kumpulan pengganas yang lain seperti yang di war-warkan oleh Amerika seperti JI juga  satu pembohongan.  Kesemuanya hanyalah propaganda Amerika dan Zionis bagi menghalalkan tindakan mereka memerangi umat Islam, yang sebenarnya bagi mencari dan memusnahkan potensi-potensi yang memungkinkan kepada kebangkitan semula umat Islam dan kehancuran kuasa Kuffar. Apa yang berlaku kini samalah seperti kisah Firaun yang memburu dan membunuh setiap bayi lelaki setelah mendapat mimpi akan kejatuhannya.


p/s: Gugur satu Osama , akan timbul seribu Osama yang lain..
Islam sebuah agama yang mementingkan kedamaian..
apakah masih ada kedamaian??

Labels:




« Older
Newer »