Welcome to AiShAzDaMine Site


Korang dah solat??? Solat dulu baru baca blog kami ^^!




Maharaja Lawak & Imam Muda 2011
Sunday | (0) Leave A Comment
AiShAzDaMine ^^! ~AT 20~
..IT..IT..IT..


Bismillahirrahmannirrahim


Assalamualaikum..

Maharaja bagi segala Raja Lawak telah pun kita ketahui..
Tahniah buat Kumpulan Sepah kerana berjaya memikat rakyat Malaysia dengan lawak-lawaknya..
Mungkin inilah rezeki buat anak Shuib ... amin...

Sepanjang pertandingan dijalankan,
tempat keempat dan ketiga seperti sudah diagak oleh orang ramai..
namun,Tempat kedua dan Juara terdapat ragu-ragu antara berpihak kepada Jozan Mahupun Sepah
Seperti yang kita sedia maklum, Jozan Sentiasa berada di tangga teratas carta mingguan
malah pada pengumuman carta undian di awal rancangan juga,
Jozan masih mendahului dan Sepah berada  di tangga kedua.
SH sendiri pun ragu-ragu kemenangan berpihak ditangan siapa..

Namun,Lawak Sepah semakin memikat hati para penonton
dan SH tak nafikan bahawa pada malam itu, lawak Sepah adalah lawak yang paling menjadi diantara semua finalis..
Pemilihan karakter sebagai Ustazah Norbaiyah [maaf kalau ejaan salah] diterima oleh semua penonton dan pengundi..
Seperti kata Mamat Khalid ketika Johan melakonkan watak Yusof Haslam pada Minggu kedua dahulu,
"Ini Bukan Hinaan tetapi adalah satu penghormatan"

Jadi SH harap tidak akan timbul kata-kata tidak elok tentang perkara ini seperti Perkara yang pernah
terjadi kepada Zizan ketika Raja Lawak musim kedua dahulu..
Bukan mudah kita nak membawa watak orang yang berlainan dari diri kita..
Maka ini memang betul-betul satu penghormatan sebenarnya...



SH bukanlah sokong Sepah sebab mereka berasal dari Johor..
Sejujurnya SH meminati Jozan
Namun apa yang SH lihat dari minggu ke minggu lawak Sepah tak pernah mengecewakan
Lawak mereka sentiasa menjadi ingatan kepada Penonton Maharaja Lawak

"Kau diam Peah"
"Terpeanjat Boboi"
"Manisnya Kurma ini"
Ayat-ayat tersebut adalah antara ayat-ayat kumpulan Sepah yang menjadi ikutan pada hari ini..
Jika dahulu semasa Raja Lawak Musim ketiga,
Sepah banyak menggunakan Double meaning dalam lawaknya,
tetapi dalam Maharaja Lawak ,Sepah kini lebih matang dalam lawaknya..
Tidak perlu menggunakan Double Meaning untuk membuatkan orang gelak,dengan lawak yang mereka lakukan hari ini
masih lagi diterima oleh peminat Sepah...


Maharaja Lawak telah pun menutup tirainya..
Kini apa yang ditunggu-tunggu adalah Juara bagi Imam Muda Musim kedua pula..

Tahniah buat Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul kerana berjaya melangkah ke Final..
Kalau SH nak cerita mengenai Imam Muda Hassan,SH tak kenal sangat...[memang tak kenal pun]

IM Hassan

Tapi kalau Imam Muda Nazrul,Alhamdulillah peribadinya yang dahulu masih tidak berubah...






Imam Muda Nazrul merupakan Senior SH semasa di sekolah dahulu..
IM Nazrul memang seorang pemimpin yang berjaya memimpin anak buahnya..
Sewaktu sekolah dahulu, IM Nazrul banyak memegang jawatan tertinggi seperti
Ketua Asrama dan Ketua Pelajar..

Agak-agak nampak tak IM Nazrul yang mana???
Yang duduk berpakaian putih itulah IM Nazrul


Kepimpinan beliau tidak pernah mengecewakan Guru-guru sekolah..
Insyaallah,didoakan begitulah hendaknya sehingga ke hari ini...
Waktu di sekolah dulu,IM Nazrul ini aktif dengan kumpulan Nasyid..
Suara beliau pun Nauzubillah,sedap didengari..
SH suka dengar suara beliau ni ketika nasyid..
Orangnya pun baik hati dan peramah..
Walaupun Beliau adalah Ketua Pelajar, IM Nazrul ni tidaklah sombong...

SH pasti beliau masih lagi menjadi kebangaan guru-guru SH kini...
sedikit ulasan yang SH dapatkan dari Diari seorang guru yang pernah menjadi Guru IM Nazrul juga Guru SH...

"Ada debar dlm hati bila IM Nazrul diberi ulasan. Agak sama debaran yg dirasakan sewaktu membimbing IM Nazrul mjdi ahli panel Forum Remaja 2004 di STS dulu. Cuma ironinya, pd wktu itu dia dgn penuh tenang & trsenyum mberiku keyakinan bhw dia mmpu melaksanakn tgjwbnya dgn baik. Hasilnya mmg tpat; dia & rakan2nya tlh brjaya myandang Naib Johan dlm prtndingn itu. Walau dia tlh lama tidak mjadi ank didikku lagi, namun perasaan kebersamaan itu tetap ada. Didoakan moga IMN brjaya. Amin."


Inilah "notes" dari guru SH,Dari kata-katanya dapatlah SH simpulkan bahawa IM Nazrul ini orangnya sangat tenang dan penuh keyakinan..
maka, langkahnya ke final Imam Muda memang SH dah agak kerana
keyakinan beliau...

IM Nazrul turut pernah menyertai Marhaban di ASTRO dan memenangi tempat pertama..
Sayangnya SH tidak dapat berkongsi Gambar tersebut kerana Facebook IM Nazrul telah ditutup...


SH terbiasa panggil IM Nazrul ni "UDA" sebab beliau adalah sepupu kepada sahabat karib SH...
Tapi itu dulu lah kan...
IM Nazrul menamatkan zaman bujangnya pada usia yang muda...
Masa itu memang SH pun terkejut dengar berita perkhawinannya..
Alhamdulillah kan, dah sampai seru..
Isterinya juga merupakan senior SH..

Bahagia bersama Keluarga


Sebelum Medan Imam Muda 24 Jun 2011, Imam Muda Nazrul sempat kembali ke tanah kelahirannya di Felda Maokil..



Siapa pun Juara bagi Imam Muda, Diharapkan mereka akan berjaya memberi contoh terbaik kepada orang ramai..
Tunggulah 01 Julai 2011 untuk mengetahui keputusannya..

note***

Maaflah bagi IM ,SH banyak cerita mengenai IM Nazrul sebab SH tak kenal IM Hassan

kredit to : Imam Muda Nazrul


Labels:




« Older
Newer »