Welcome to AiShAzDaMine Site
| |
Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah
Thursday | (0) Leave A Comment
AiShAzDaMine ^^! ~AT 20~..IT..IT..IT.. Bismillahirrahmannirrahim Assalamualaikum.. siapa kata jadi perempuan tu senang? nak kena tutup sana, tutup sini tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising perempuan, stoking pon kena pakai cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari komfem x tahan bertutup semua tapi, perempuan cool jek tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan? siapa kata jadi perempuan tu senang? tiap2 bulan, mesti ada penyakit nak pergi kelas pon susah kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit cuba tengok budak lelaki , selamber jek kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit hebat kan perempuan? siapa kata jadi perempuan tu senang? hati ni Allah jadikan lembut betul cepat jek sensitif cuba tengok orang putus cinta selalu perempuan yg paling susah nak lupa lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru cuba pergi wayang tengok cerita hindustan siapa yg paling teruk menangis? perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi lembut tak lembut hati perempuan tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki hebat tak perempuan? disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah diorang cakap, Allah x adil kenapa Allah lebihkan lelaki? kenapa perempuan kena dengar cakap suami? kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami? padahal jadi perempuan tu sangatlah susah bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon' diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati kesian kan kat diorang? disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil persoalannya sekarang betul ke Allah x adil dengan perempuan? betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya? betul, isteri kena ikut cakap suami tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya x adil lagikah Allah pada perempuan? Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu mashaAllah, hebatnya perempuan kan? kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio banyak lagu pasal perempuan kan? contohnya macam lagu SUMAIYYAH, jarang kita dengar lagu pasal lelaki sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia tengok pula, bila seorang lelaki berjaya orang akan cakap 'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya' kita x pernah dengar orang cakap 'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya' kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu? masih x adil lagikah Allah dekat perempuan? Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni perempuan senang nak masuk syurga tengok hadis ni "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) x adil lagikah Allah dekat perempuan? oh perempuan, sedarlah betapa sayangnya Allah dekat kita betapa cintanya Allah dekat kita tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah? Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia Labels: Hayatilah
| |